Bacalah — Marketplace Produk Digital No. 1 Malaysia
Marketplace Produk Digital No. 1 Malaysia

Mulakan Bisnes Produk Digital Anda Secara PERCUMA di BACALAH

Bacalah membantu pemilik produk digital menjual, mengurus dan mengembangkan jualan menggunakan sistem Master Affiliate — TANPA kos permulaan, TANPA yuran langganan dan TANPA kemahiran teknikal.

Model Bisnes
0%
Kos Permulaan
80%
Komisen Partner
AI
Automasi & Scaling
24/7
Sistem Aktif
Platform Jualan Tiada Kos Setup Tiada Kos Langganan Komisen Sehingga 80% AI Automasi Multi-Tier Affiliate Sistem 24/7 Produk Digital Master Affiliate Platform Jualan Tiada Kos Setup Tiada Kos Langganan Komisen Sehingga 80% AI Automasi Multi-Tier Affiliate Sistem 24/7 Produk Digital Master Affiliate
Ekosistem Kami

Apa Itu Bacalah?

Marketplace Produk Digital Yang Lengkap.

Terdapat 4 Pihak Terlibat Dalam Ekosistem Bacalah

🚀

Bacalah (Master Affiliate)

Bacalah sebagai Master Affiliate akan menguruskan rangkaian affiliate, pemasaran dan operasi jualan produk digital sepenuhnya menggunakan infrastruktur lengkap dan stabil.

💡

Partner

Pemilik produk digital yang bekerjasama dengan Bacalah dan mahu menambah saluran jualan dan scale bisnes tanpa beban teknikal.

📈

Affiliate

Ejen yang membantu mempromosikan dan menjual produk menggunakan link affiliate unik dengan komisen tinggi.

📈

Referral

Kelebihan Multi-tier Affiliate khusus untuk Platinum Partner.

Masalah Utama
Pemilik Produk Terperangkap Dalam "Silo Teknikal"

Iaitu kerisauan dan kekurangan kemahiran teknikal untuk menyediakan sistem jualan bagi produk mereka.

Menyebabkan mereka tidak berjaya membuat jualan atau jualan stagnan dan sasaran tidak tercapai.

Kekangan teknikal & tiada sistem jualan sendiri
Kos tinggi sebelum mendapat jualan pertama
Platform pemasaran terlalu kompleks & perlukan kemahiran berbeza
Prestasi jualan stagnan tanpa strategi scaling
Tiada pasukan jualan & pengurusan affiliate
Solusi Kami

Solusi Lengkap Dari Bacalah

Kami urus semua aspek teknikal, pemasaran dan jualan supaya anda fokus sepenuhnya pada penghasilan produk berkualiti.

⚙️

Pengurusan Teknikal

Sistem jualan, hosting, automasi, scaling dan keselamatan diurus sepenuhnya oleh Bacalah.

💰

Tiada Kos Permulaan

Partner boleh mula menjual tanpa perlu bayar sebarang kos setup atau langganan bulanan.

📢

Bantuan Pemasaran

Bacalah membantu dari sudut pemasaran organik, berbayar dan strategi scaling.

🛒

Saluran Jualan

Marketplace, sistem affiliate, tracking komisen dan jualan lengkap.

🤝

Pasukan Jualan

Bacalah membantu mengurus jaringan affiliate dan pertumbuhan jualan produk.

📊

Scaling Bisnes

Infrastruktur direka untuk membantu partner scale produk digital dengan lebih stabil.

Model Kerjasama

Pilihan Sebagai Partner

Pilih model kerjasama yang paling sesuai dengan matlamat bisnes anda.

Gold Partner

Mulakan bisnes digital di saluran jualan baharu.

70:30
(Perkongsian minima antara Partner : Bacalah)
Perkongsian standard
Salespage percuma (promosi terhad)
Sistem affiliate lengkap

Platinum Partner

Potensi jualan maksimum dengan rangkaian affiliate yang lebih besar.

50:50
(Perkongsian minima antara Partner : Bacalah)
Semua kelebihan Gold Partner
Keutamaan listing produk
Custom coupon
Multi-tier affiliate
Pelbagai kelebihan eksklusif tambahan lain
80% Hasil Jualan Menjadi Milik Partner

Apabila Partner menjual dengan menggunakan link affiliate sendiri.

Struktur Komisen

Pembahagian Komisen

Struktur komisen yang telus dan adil untuk semua pihak dalam ekosistem Bacalah.

KomponenKadarPenerangan
Platform Fees (fixed)15%Operasi platform, AI, storage & transaksi
Affiliate CommissionMin 10%Komisen affiliate berdasarkan jualan
Referral Commission (fixed)5%Untuk multi-tier affiliate referral
Partner ShareSehingga 80%Mengikut ratio yang dipersetujui @ 80% jika guna affiliate link sendiri

Simulasi Pembahagian Komisen

Ratio (Partner:Bacalah)PartnerPlatform (fixed)AffiliateReferral (fixed)Total
70 : 3070%15%10%5%100%
50 : 5050%15%30%5%100%
20 : 8020%15%60%5%100%

Ratio bahagian Bacalah akan dipecahkan kepada 3 bahagian iaitu: Platform, Affiliate & Referral.

Hak Milik Produk

Produk kekal milik Partner sepenuhnya
Bacalah hanya menyediakan platform
Data pelanggan dimiliki bersama
Digunakan untuk jualan & pemasaran sahaja
Security & Ownership
Produk Anda,
Milik Anda

Partner mempunyai hak penuh terhadap kandungan produk dan bertanggungjawab terhadap kualiti serta ketepatan maklumat. Kami hanya menggerakkan enjin jualannya.

Mulakan Sekarang

Bersedia Untuk
Scale Jualan Produk Digital Anda?

Sertai Bacalah sebagai Partner dan gunakan sistem Master Affiliate untuk memperluaskan jualan produk digital anda.

Soalan Lazim (FAQ)

Soalan dan jawapan berkenaan Bacalah.

📂 Kategori 1: Asas & Cara Berfungsi (Affiliate)

Apa itu "Partner"?

Partner ialah pemilik produk digital yang bekerjasama dengan Bacalah.

Apa itu "Master Affiliate" dan bagaimana ia berfungsi di BACALAH?

Master Affiliate ialah "BACALAH".
Bacalah akan membantu Partner untuk menjual produk mereka di bacalah.my dengan melakukan pemasaran tanpa kos, berbayar dan juga merekrut affiliate tanpa sebarang kos kepada Partner.

Apa itu "Affiliate" dan bagaimana ia berfungsi di BACALAH?

Affiliate ialah "ejen jualan yang diberikan komisen jualan". Partner sediakan produk digital, dan affiliate akan tolong promosikan menggunakan link unik mereka. Bila ada jualan berlaku melalui link tersebut, ejen affiliate akan dapat komisen.

Apa itu "Referral" dan bagaimana ia berfungsi di BACALAH?

Referral ialah Affiliate yang dilantik oleh Affiliate sedia ada.
Hanya Multi-level Affiliate boleh melantik Referral. Multi-level Affiliate akan menerima komisen tambahan bagi setiap jualan yang dilakukan oleh Referral mereka.

Macam mana sistem tahu jualan tu datang dari affiliate mana?

Sistem BACALAH menggunakan Tracking Cookies pintar. Setiap ejen ada kod unik sendiri. Sistem akan automatik kesan dan agihkan komisen kepada ejen yang betul tanpa ralat, walaupun pembeli mengambil masa beberapa hari sebelum buat keputusan untuk beli. Cookies ini bertahan selama 30 hari.

Siapa yang akan tolong promosikan produk saya nanti?

Selain komuniti ejen affiliate sedia ada di marketplace BACALAH, sistem ini juga membolehkan pelanggan atau sesiapa sahaja mendaftar sebagai ejen affiliate untuk bantu perkenalkan produk di media sosial mereka.
Bacalah juga akan melakukan promosi secara zero-cost dan berbayar di platform-platform seperti Tiktok, Facebook, Google dll.

📂 Kategori 2: Produk Digital & Hak Cipta

Produk digital jenis apa yang boleh saya jual?

Pelbagai jenis fail digital seperti eBook (PDF), kursus video, template (Canva/Notion/Excel), software, kit premium, atau rakaman webinar. Syarat utamanya ialah produk itu mesti hasil karya anda sendiri dan BUKAN produk PLR/MRR/Reseller atau seumpamanya.

Bagaimana kalau saya ada ilmu tetapi tak pandai reka bentuk (design) produk?

Kami sediakan khidmat Reformat & Re-design. Team pakar kami akan tukar kandungan atau idea mentah anda menjadi sebuah produk digital yang berwajah premium, kemas, dan nampak berautoriti. Ini adalah servis berbayar. Hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Adakah produk digital saya selamat daripada dicuri atau dikongsi secara haram?

Kami gunakan Secure Content Delivery System. Setiap pembeli akan terima link muat turun unik yang kawal akses oleh sistem bagi menghalang akses atau perkongsian fail secara tidak sah.
Namun kami tidak dapat memberikan jaminan 100% daripada penyebaran tidak sah kerana ianya masih boleh disebarkan denagn cara lain, contohnya dikongsikan oleh pembeli sedia ada selepas download.

📂 Kategori 3: Bayaran (Payment) & Pemasaran

Pembeli boleh buat bayaran menggunakan apa?

Sistem kami bersepadu dengan Payment Gateway tempatan yang menyokong Online Banking (FPX) semua bank utama. Pembayaran menggunakan kad kredit/debit, serta e-Wallet popular seperti Touch 'n Go, Atome dll akan diintegrasi dalam masa terdekat.

Bagaimana duit jualan dibahagikan?

Pembahagian duit adalah mengikut perjanjian antara Bacalah dan Partner dan dibayar setiap bulan. Platinum Partner boleh memohon pembayaran secara 'On Demand' jika mahu dibayar lebih awal.
Pembayaran kepada affiliate pula adalah mengikut peratusan yang ditetapkan untuk setiap produk dan dibayar setiap bulan.

Bagaimana dan bila saya boleh keluarkan duit jualan (Payout)?

Duit jualan bersih mengikut jumlah perkongsian yang dipersetujui akan dibayar ke akaun Partner dan Affiliate pada setiap bulan. "Platinum Partner" boleh memohon pembayaran lebih awal secara "On Demand".

Adakah Partner boleh memiliki data pelanggan?

Ya, betul. Data pelanggan menjadi milik bersama antara Bacalah dan Partner. Berbeza dengan platform lain, Bacalah memberikan akses penuh kepada nama, e-mel, dan nombor telefon pembeli produk anda. Data ini sangat penting untuk anda buat jualan tambahan (upsell) produk baru pada masa hadapan tanpa kos iklan.

📂 Kategori 4: Teknikal & Operasi

Adakah saya perlu setup website, domain, atau sistem jualan sendiri?

Tidak perlu. Anda hanya perlu sediakan produk. Pihak BACALAH yang akan uruskan semua urusan dan infrastruktur teknikal termasuk menyediakan landing page, sistem automasi serahan, dan gerbang pembayaran.

Bagaimana produk dihantar kepada pembeli selepas mereka bayar?

Sistem berjalan secara Total Automation 24/7. Sebaik sahaja bayaran disahkan, sistem akan terus hantar fail digital kepada pembeli melalui e-mel atau halaman "Thank You". Walaupun orang beli pukul 3 pagi, sistem akan serahkan fail sepantas kilat tanpa anda perlu buat apa-apa.

Bagaimana jika pelanggan terpadam e-mel atau hilang fail produk mereka?

Pelanggan boleh menghubungi Customer Service Bacalah pada bila-bila masa untuk dapatkan balik link akses produk yang telah dibeli. Anda tidak perlu terlibat dalam urusan bantuan kepada pelanggan.

Isi Borang Pendaftaran Sebagai PARTNER
(Klik/Tekan Sini) →

Home - Partner Bacalah

Home - Partner Bacalah

Partner Bacalah

| |
© 2026 AFIYAT RESOURCES
201803218178 (SA0482805-K)