Mulakan Bisnes Produk Digital Anda Secara
PERCUMA
di BACALAH
Bacalah membantu pemilik produk digital menjual, mengurus dan mengembangkan jualan menggunakan sistem Master Affiliate — TANPA kos permulaan, TANPA yuran langganan dan TANPA kemahiran teknikal.
Apa Itu Bacalah?
Marketplace Produk Digital Yang Lengkap.
Terdapat 4 Pihak Terlibat Dalam Ekosistem Bacalah
Bacalah (Master Affiliate)
Bacalah sebagai Master Affiliate akan menguruskan rangkaian affiliate, pemasaran dan operasi jualan produk digital sepenuhnya menggunakan infrastruktur lengkap dan stabil.
Partner
Pemilik produk digital yang bekerjasama dengan Bacalah dan mahu menambah saluran jualan dan scale bisnes tanpa beban teknikal.
Affiliate
Ejen yang membantu mempromosikan dan menjual produk menggunakan link affiliate unik dengan komisen tinggi.
Referral
Kelebihan Multi-tier Affiliate khusus untuk Platinum Partner.
Visi
Menjadi ekosistem digital utama dalam penyebaran ilmu dan pembangunan ekonomi digital masyarakat.
Misi
Membina ekosistem digital yang memudahkan penyebaran dan perkembangan ilmu melalui teknologi serta membuka peluang pendapatan kepada semua.
Iaitu kerisauan dan kekurangan kemahiran teknikal untuk menyediakan sistem jualan bagi produk mereka.
Menyebabkan mereka tidak berjaya membuat jualan atau jualan stagnan dan sasaran tidak tercapai.
Solusi Lengkap Dari Bacalah
Kami urus semua aspek teknikal, pemasaran dan jualan supaya anda fokus sepenuhnya pada penghasilan produk berkualiti.
Pengurusan Teknikal
Sistem jualan, hosting, automasi, scaling dan keselamatan diurus sepenuhnya oleh Bacalah.
Tiada Kos Permulaan
Partner boleh mula menjual tanpa perlu bayar sebarang kos setup atau langganan bulanan.
Bantuan Pemasaran
Bacalah membantu dari sudut pemasaran organik, berbayar and strategi scaling.
Saluran Jualan
Marketplace, sistem affiliate, tracking komisen dan jualan lengkap.
Pasukan Jualan
Bacalah membantu mengurus jaringan affiliate dan pertumbuhan jualan produk.
Scaling Bisnes
Infrastruktur direka untuk membantu partner scale produk digital dengan lebih stabil.
Pilihan Sebagai Partner
Pilih model kerjasama yang paling sesuai dengan matlamat bisnes anda.
Gold Partner
* Sesuai untuk Partner yang dah ada saluran J jualan sendiri. * Join Bacalah untuk tambah saluran jualan dengan margin perkongsian lebih rendah.
Platinum Partner
* Potensi jualan maksima dengan jualan melalui rangkainan ejen affiliate dan juga saluran pemasaran berbayar (paid ads). * Pemasaran berbayar tanpa risiko iaitu TANPA kos iklan dan kos pengurusan iklan.
Apabila Partner menjual dengan menggunakan link affiliate sendiri.
Pembahagian Komisen
Struktur komisen yang telus dan adil untuk semua pihak dalam ekosistem Bacalah.
| Komponen | Kadar | Penerangan |
|---|---|---|
| Platform Fees (fixed) | 15% | Operasi platform, AI, storage & transaksi |
| Affiliate Commission | Min 5% | Komisen affiliate berdasarkan jualan |
| Referral Commission (fixed) | 5% | Untuk multi-tier affiliate referral |
| Partner Share | Sehingga 80% | Mengikut ratio yang dipersetujui @ 80% jika guna affiliate link sendiri |
Simulasi Contoh Pembahagian Komisen
| Ratio (Partner:Bacalah) | Partner | Platform (fixed) | Affiliate | Referral (fixed) | Total |
|---|---|---|---|---|---|
| 75 : 25 | 75% | 15% | 5% | 5% | 100% |
| 50 : 50 | 50% | 15% | 30% | 5% | 100% |
| 20 : 80 | 20% | 15% | 60% | 5% | 100% |
Ratio bahagian Bacalah akan dipecahkan kepada 3 bahagian iaitu: Platform, Affiliate & Referral.
🚀 Pilihan Tambahan: Program 'Auto-Rolling' Paid Ads
Khusus untuk Platinum Partner, anda berhak mengaktifkan pilihan kempen iklan berbayar (Meta/Google Ads) yang diuruskan sepenuhnya oleh team pakar pemasaran BACALAH.my dengan ekosistem kitaran modal yang selamat:
- Iklan Berjaya (Scale-Up): Kempen diteruskan secara agresif. Keuntungan bersih (selepas ditolak kos pengiklanan harian) akan dibahagikan mengikut nisbah 50:50 atau mengikut kadar yang dipersetujui.
- Iklan Kurang Memuaskan: Kempen akan dihentikan serta-merta untuk mengelakkan pembaziran, ATAU diteruskan untuk pusingan ujian kedua dengan strategi dan angle iklan baharu mengikut penilaian team pemasaran.
Partner mempunyai hak penuh terhadap kandungan produk dan bertanggungjawab terhadap kualiti serta ketepatan maklumat. Kami hanya menggerakkan enjin jualannya.
Hak Milik Produk & Data Pelanggan
Transparency
Bersedia Untuk
Scale Jualan Produk Digital Anda?
Sertai Bacalah sebagai Partner dan gunakan sistem Master Affiliate untuk memperluaskan jualan produk digital anda.
Soalan Lazim (FAQ)
Soalan dan jawapan berkenaan Bacalah.
📂 Kategori 1: Asas & Cara Berfungsi (Affiliate)
Apa itu "Partner"?
Partner ialah pemilik produk digital yang bekerjasama dengan Bacalah.
Apa itu "Master Affiliate" dan bagaimana ia berfungsi di BACALAH?
Master Affiliate ialah "BACALAH".
Bacalah akan membantu Partner untuk menjual produk mereka di bacalah.my dengan melakukan pemasaran tanpa kos, berbayar dan juga merekrut affiliate tanpa sebarang kos kepada Partner.
Apa itu "Affiliate" dan bagaimana ia berfungsi di BACALAH?
Affiliate ialah "ejen jualan yang diberikan komisen jualan". Partner sediakan produk digital, dan affiliate akan tolong promosikan menggunakan link unik mereka. Bila ada jualan berlaku melalui link tersebut, ejen affiliate akan dapat komisen.
Apa itu "Referral" dan bagaimana ia berfungsi di BACALAH?
Referral ialah Affiliate yang dilantik oleh Affiliate sedia ada.
Hanya Multi-level Affiliate boleh melantik Referral. Multi-level Affiliate akan menerima komisen tambahan bagi setiap jualan yang dilakukan oleh Referral mereka.
Macam mana sistem tahu jualan tu datang dari affiliate mana?
Sistem BACALAH menggunakan Tracking Cookies pintar. Setiap ejen ada kod unik sendiri. Sistem akan automatik kesan dan agihkan komisen kepada ejen yang betul tanpa ralat, walaupun pembeli mengambil masa beberapa hari sebelum buat keputusan untuk beli. Cookies ini bertahan selama 30 hari.
Siapa yang akan tolong promosikan produk saya nanti?
Selain komuniti ejen affiliate sedia ada di marketplace BACALAH, sistem ini juga membolehkan pelanggan atau sesiapa sahaja mendaftar sebagai ejen affiliate untuk bantu perkenalkan produk di media sosial mereka.
Bacalah juga akan melakukan promosi secara zero-cost dan berbayar di platform-platform seperti Tiktok, Facebook, Google dll.
📂 Kategori 2: Produk Digital & Hak Cipta
Produk digital jenis apa yang boleh saya jual?
Pelbagai jenis fail digital seperti eBook (PDF), kursus video, template (Canva/Notion/Excel), software, kit premium, atau rakaman webinar. Syarat utamanya ialah produk itu mesti hasil karya anda sendiri dan BUKAN produk PLR/MRR/Reseller atau seumpamanya.
Bagaimana kalau saya ada ilmu tetapi tak pandai reka bentuk (design) produk?
Kami sediakan khidmat Reformat & Re-design. Team pakar kami akan tukar kandungan atau idea mentah anda menjadi sebuah produk digital yang berwajah premium, kemas, dan nampak berautoriti. Ini adalah servis berbayar. Hubungi kami untuk maklumat lanjut.
Adakah produk digital saya selamat daripada dicuri atau dikongsi secara haram?
Kami gunakan Secure Content Delivery System. Setiap pembeli akan terima link muat turun unik yang kawal akses oleh sistem bagi menghalang akses atau perkongsian fail secara tidak sah.
Namun kami tidak dapat memberikan jaminan 100% daripada penyebaran tidak sah kerana ianya masih boleh disebarkan denagn cara lain, contohnya dikongsikan oleh pembeli sedia ada selepas download.
📂 Kategori 3: Bayaran (Payment) & Pemasaran
Pembeli boleh buat bayaran menggunakan apa?
Sistem kami bersepadu dengan Payment Gateway tempatan yang menyokong Online Banking (FPX) semua bank utama. Pembayaran menggunakan kad kredit/debit, serta e-Wallet popular seperti Touch 'n Go, Atome dll akan diintegrasi dalam masa terdekat.
Bagaimana duit jualan dibahagikan?
Pembahagian duit adalah mengikut perjanjian antara Bacalah dan Partner and dibayar setiap bulan. Platinum Partner boleh memohon pembayaran secara 'On Demand' jika mahu dibayar lebih awal.
Pembayaran kepada affiliate pula adalah mengikut peratusan yang ditetapkan untuk setiap produk and dibayar setiap bulan.
Bagaimana dan bila saya boleh keluarkan duit jualan (Payout)?
Duit jualan bersih mengikut jumlah perkongsian yang dipersetujui akan dibayar ke akaun Partner and Affiliate pada setiap bulan. "Platinum Partner" boleh memohon pembayaran lebih awal secara "On Demand".
Adakah Partner boleh memiliki data pelanggan?
Ya, betul. Data pelanggan menjadi milik bersama antara Bacalah dan Partner. Berbeza dengan platform lain, Bacalah memberikan akses penuh kepada nama, e-mel, dan nombor telefon pembeli produk anda. Data ini sangat penting untuk anda buat jualan tambahan (upsell) produk baru pada masa hadapan tanpa kos iklan.
📂 Kategori 4: Teknikal & Operasi
Adakah saya perlu setup website, domain, atau sistem jualan sendiri?
Tidak perlu. Anda hanya perlu sediakan produk. Pihak BACALAH yang akan uruskan semua urusan dan infrastruktur teknikal termasuk menyediakan landing page, sistem automasi serahan, dan gerbang pembayaran.
Bagaimana produk dihantar kepada pembeli selepas mereka bayar?
Sistem berjalan secara Total Automation 24/7. Sebaik sahaja bayaran disahkan, sistem akan terus hantar fail digital kepada pembeli melalui e-mel atau halaman "Thank You". Walaupun orang beli pukul 3 pagi, sistem akan serahkan fail sepantas kilat tanpa anda perlu buat apa-apa.
Bagaimana jika pelanggan terpadam e-mel atau hilang fail produk mereka?
Pelanggan boleh menghubungi Customer Service Bacalah pada bila-bila masa untuk dapatkan balik link akses produk yang telah dibeli. Anda tidak perlu terlibat dalam urusan bantuan kepada pelanggan.